Info yang berilmu
Tkasih
http://terataifree.googlepages.com/
----- Forwarded message from Hisham <hisham79@uum.edu.my> -----
Date: Mon, 15 Sep 2008 15:12:18 +0800
From: Hisham <hisham79@uum.edu.my>
Reply-To: Hisham <hisham79@uum.edu.my>
Subject: [Cobnet] Terapi Al Quran
To: cobnet@list.uum.edu.my
Terapi Al Quran : Dr Yusof Abas
Sebahagian dari kita lebih cenderung mengambil AlQur'an sebagai perawat
penyakit fizikal dari mengambil Al Qur'an secara syumul. Al Qur'an adalah
teman rapat dialam kubur maka berkawan dengannya ketika didunia lagi. Tetapi
banyak orang membacnya pada malam Jumaat, itupun membaca surah yang sama
iaitu surah Yasin dan sesetengahnya menunggu bulan Ramadhan untuk tekun
membaca. Sedangkan pada hari-hari lain, Qoran ( surat khabar) lebih seronok
dibaca. Tidak lekang membelek majalah hiburan, membaca bahan-bahan internet
serta membaca bahan-bahan remeh yang lain. Bila terdesak mengubati penyakit,
dicari perawat yang menggunakan AlQur'an tetapi apabila mengalami penyakit
ekonomi, penyakit rumah tangga, penyakit sosial, penyakit keruntuhan akhlak,
mereka tidak merujuk kepada Al Qur'an.
Sebenarnya, apabila menjadikan AlQur'an rakan sejati, roh al Qur'an akan
berada dalam sel-sel badan kita. Dan berimanlah dengan janji Allah SWT
bahawa setiap ayat al Qur'an itu ada sepuluh kebaikan. Hanya Allah yang tahu
akan makna anugerah kebaikkan itu.
Ada orang berfahaman sempit yang menyatakan membaca Al Qur'an itu untuk
merawat penyakit hati semata-mata . Dan tidak pernah tahu bahawa dengan
membaca Al Qur'an boleh merawat penyakit fizikal yang lain termasuk penyakit
kronik seperti darah tinggi, kemurungan, dan kanser . Persoalannya, membaca
Al Qur'an yang macamana boleh merawat penyakit-penyakit kronik tadi?
Sains Al Qur'an.
Topik ini saya bahagikan kepada beberapa tajuk iaitu:-
Pernafasan dan sebutan
Perubahan cecair dalam badan
Penggunaan otak kiri-kanan
Gelombang jisim
Tumpuan mata dan latihan mendengar
Hafalan Dan Daya Imaginasi
Bernafas secara dalam dan menahannya paling kurang lapan ( 8) saat serta di
ulang minima sebanyak lima ( 5) kali, akan berlaku keseimbangan antara
oksijen dan karbondioksida serta otot-otot rangka dalam keadaan lebih
teregang dan rehat. Maka kaedah ini digunakan dalam perubatan moden sebagai
langkah awal untuk menenangkan individu yang dalam keadaan cemas atau stres.
Ahli sains sudah lama mengkaji hubungan teknik pernafasan dengan rawatan
sesetengah penyakit. Pernafasan juga sangat diambil berat ketika melakukan
Yoga, Meditasi serta dalam kemahiran mempertahankan diri. Malah dikatakan
'mentera' yang dibaca ketika beryoga itu sebenarnya untuk mengatur
pernafasan. Anda boleh layari dalam internet tentang rawatan melalui teknik
penafasan atau 'the power of breathing'
Apabila kita sedang membaca AlQur'an dengan menjaga tajwid dan wakafnya,
baik bacaan secara lambat, cepat, bertaranum atau tidak, sebenarnya kita
sudahpun menahan nafas lebih dari lapan (8) saat. Semakin lama membaca
AlQur'an, bermakna semakin banyak ulangan pernahanan nafas tadi. Apalagi
bila setiap hari membacanya. Dengan kata lain, dengan sendirinya dengan
setiap kali membaca AlQur'an, kita sudah pun mengatur pernafasan secara
teratur dan telah berlaku keseimbangan biologi. Sekiranya dapat
mendisplinkan menarik sedalam-dalam nafas sebelum membaca ayat berikutnya,
kesan dari penafasan akan lebih ketara.
Tahukah anda, di Eropah ada klinik khas merawat penyakit terutamanya
penyakit darah tinggi melalui kaedah pernafasan. Maka,bukankah ini membaca
AlQur'an ini satu kaedah merawat malah mencegah penyakit? Berbeza pula
apabila kita membaca sebuah buku biasa dan lain-lain bahan bacaan, kita
membacanya dalam hati tanpa dilafazkan dimana kita akan tetap bernafas
seperti biasa tanpa menahan nafas.
Saya yakin, sebahagian dari anda pernah mendengar nama saitis Jepun yang
bernama Dr Emoto, iaitu orang pertama yang menjumpai bentuk kristal dari air
yang dirakamkan dibawah mikroskop. Beliau sendiri mengesahkan, air zam-zam
adalah antara air yang bentuk kristalnya unik dan amat cantik. Malah yang
menarik dari kajian beliau, ialah air ini seolah-olah ada 'roh' dan bentuk
kristal asal akan bertukar apabila air itu diberi rangsangan yang 'baik' dan
rangsangan 'buruk'. Air yang dirangsang dengan kata-kata nista, bahasa kesat
atau bunyi musik rock, dimana sebaik diuji dibawah mikroskop khas tadi,
kristal yang cantik tadi bertukar kepada bentuk lain dan terpecah-pecah,
malah beliau mengesahkan ada kristal yang kelihatan seperti bayangan api.
Manakala air yang hanya diucapkan ucapan terima kasih, kristal air itu
semakin cantik.
Ketahuilah, air dalam badan kita mewakili 80% dari jisim badan kita. Maka
air dalam badan ini dirangsang oleh bacaan ayat-ayat Allah, tidakkah anda
yakin akan berlaku perubahan besar pada bendalir dalam badan anda? Juga
bukankah ini juga bukti saintifik, membaca Al Qur'an itu sebagai rawatan dan
pencegahan penyakit fizikal.
Rasulullah sendiri mengunakan air sebagai penawar untuk diminum atau disapu
pada bahagian yang sakit. Kita biasa mendengar bahawa JASAD FIZIKAL ORANG
YANG AKRAB DENGAN ALQUR'AN TIDAK DIMAMAH BUMI walaupun bertahun sudah
dikebumikan!. Kita mungkin sekadar berkata iannya dengan izin Allah, tetapi
secara biologi, bukankah sudah berlaku perubahan besar pada biologi manusia
tadi ketika didunia lagi apabila jisim badannya sentiasa dirangsang dengan
kalimah Allah, cuma ianya tidak jelas pada mata kasar.
Dan dengan mata kasar kita boleh melihat gelombang dipermukaan air bila ada
sesuatu jatuh kedalam air, bunyi juga ada gelombangnya, elektrik juga ada
sistem gelombangnya, dan pengkaji fizik mengatakan setiap jisim itu ada
gelombangnya yang tersendiri. Ini juga ilmu ghaib yang diluar kemampuan
manusia untuk memahaminya seperti mana kita sukar untuk memahami bagaimana
daun-daun, serangga, tanah, batu bata yang sentiasa bertasbih memuji Allah.
Membaca AlQur'an itu sebenarnya bertasbih dan berzikir, dan dalam ilmu
manusia yang terbatas, mungkin berlaku keseimbangan yang harmoni antara
gelombang dari pembacaan itu dengan gelombang yang ada pada sel-sel lain
yang ada didalam badan kita, termasuklah gelombang otak dan gelombang dari
denyutan jantung.
Manakala itu,otak kiri ialah otak menganalisa dan melakukan sesuatu kerja
mengikut aturan. Apabila kita membaca Al Qur'an, secara sendirinya kita akan
berhati-hati dengan tajwid, sebutan serta tempat berhenti. Bagi mereka yang
ingin bertaranum dan memasuki musabaqah, lebih lagilah menganalisa, lebih
teratur susunan bacaan dan lagunya serta mengatur pernafasan. Dengan ini
secara secara tidak sedar, kita telah mengaktifkan otak kiri. Sebaliknya
mereka yang menghafal ayat-ayat alQur'an dengan kaedah membayangkan bentuk
huruf, bermakna otak kanan pula lebih terangsang. Maka untuk mengaktifkan
otak kiri dan otak kanan, selalulah membaca dan menghafal Al Qur'an.
Kajian saintis, orang yang sentiasa merangsang otaknya terutama otak kiri,
boleh mencegah dari mendapat penyakit nyanyuk ( dimentia) atau berfikiran
celaru ketika mudanya.
Didalam buku biomekanik solat, saya ada menulis bagaimana kaedah memandang
tempat sujud ialah sama dengan kaedah yang dipraktikan untuk merawat rabun
mata secara senaman otot mata. Begitu jugalah dengan kerap membaca buku atau
skin komputer dengan jarang yang selesa, ianya juga boleh membantu otot
-otot mata teregang. Membaca AlQur'an secara istiqamah dan agak lama, sangat
membantu kesihatan mata dan memberi tumpuan untuk membaca dengan tepat dan
betul sebutannya.
Telinga adalah indera yang boleh dilatih kepekaannnya, malah mendengar semua
bacaan dalam solat adalah teknik mudah dan sangat berkesan untuk khusyuk.
Ianya nampak mudah tetapi sukar untuk istiqamah mendengar. Begitu juga,
mudah untuk memzahirkan bacaan tetapi sukar untuk mendengar bacan ayat-ayat
alQur'an yang dibaca tadi, apalagi tidak memahami maksudnya. Bukan sahaja
tidak mendengar malah fikiran sentiasa terawang-awang.
Berlatih mendengar, bermakna melatih untuk memberikan fokus pada kerja yang
dilakukan. Adakah dengan berusaha melatih diri mendengar bacaan alQur'an
yang kita sendiri membacanya atau oleh orang lain termasuk dicorong radio,
akan meningkatkan skil memberi fokus, anda fikirkanlah kerasionalnnya!
Beramal lah, anda akan rasai kesan perubahannya
Ayat-ayat AlQur'an yang khusus tentang pemakanan dan rawatan.
Madu lebah sebagai ibu penawar, an Nahl 68-69
Pemakanan yang halal lagi baik Al Baqarah-168
Apiterapi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rawatan yang
menggunakan produk dari hasilan lebah seperti madu, propolis, sarang lebah,
toksin lebah atau sengat lebah itu sendiri dan dinegara beberapa negeri
Eropah perkembangan apiterapi sudah jauh kehadapan. Sehingga ada rawatan
mengunakan injeksi jarum dan penyengat lebah digunakan sebagai rawatan
akupuncur. Saya tidak berhajat memanjangkan bicara tentang apiterapi ini.
Ada beberapa artikel saya tentang lebah, sila rujuk ke
www.maduiran.tripod.com . Begitu juga tentang topik pemakanan, sila rujuk ke
blog saya.
Terapi Melalui Ibadah, Rawatan Secara Fitrah
Mungkin belum ramai yang mengetahui bahawa, dengan menjaga kualiti dan
kuantiti ibadah, seperti solat, puasa, membaca AlQur'an, berzikir boleh
merawat penyakit fizikal. Dan yakinilah bahawa setiap anugerah ibadah yang
diwajibkan itu, ianya sangat bersesuaian dengan fitrah kesemua pancaindera
kejadian manusia. Semua ibadah ini disebut didalam alQur'an dan amalinya
seperti yang ditunjuk oleh nabi SAW. Saya tidak berhajat memanjang tajuk ini
didalam artikel ini.Anda dijemput melayari blog saya untuk berkongsi
maklumat. Doakan agar Allah memberkati dan mengizinkan saya dan isteri (
seorang pakar psikiatri) untuk mempromosikan Terapi Ibadah ini sebagai
kaedah untuk merawat penyakit fizikal dan spiritual manusia. Ibadah dinamik
merubah kehidupan.
Posted by Dr Yusof Abbas at
http://bioibadah.blogspot.com/2008/09/biopeubatan-alquran-terapi-melalui.html
http://malaysiasearch.net76.net
Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor, Malaysia
Hotline : +603-62797000
0 comments:
Post a Comment