Sunday, June 29, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pada pertukaran malam dan siang; dan pada kapal kapal yang belayar di laut dengan membawa benda benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai bagai jenis binatang; demikian juga pada peredaran angina dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya pada semuanya itu ada tanda tanda yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

Walaupun demikian. Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi sekutu sekutu Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang orang yang beriman itu lebih cinta taat kepada Allah. Dan kalaulah orang orang yang melakukan kezaliman syirik itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahwa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahwa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu.

Surah AL BAQARAH 163 – 165

“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya. (Al -E – Imran 108)

Thursday, June 26, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Kecuali orang orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya orang orang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya

Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.

Surah AL BAQARAH 160 – 162

“Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina hinanya” [Al-Qasas 42]

Sunday, June 22, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syair (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Surah AL BAQARAH 157 – 159

“Kamu tidak sekali kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Mengetahuinya.” [A-li – Imran 92]

Back to Basic

a man went to barber shop to have his hair and his beard cut as always. He started to have a good conversation with the barber who attended him. They talked about so many things and various subjects.

Suddenly they touched the subject of ALLAH. The barber said : “look man,I don’t believe that Allah exists as you say so”

“Why you say that?” Asked the client.

“Well, its so easy,you just have to go out and the street to realize that Allah does not exist. Oh, tell me, if Allah existed, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If Allah existed, there would be no suffering or pain. I can’t think of Allah who permits all of these things”

The client stop for a moment thinking but he didn’t want to respond so as to prevent an argument.

The barber finished his job and the client went out of the shop.

Just after he left the barber shop he saw a man in the street with along hair and beard(it seem that it had been a long time since he had his cut and he looked so untidy).Then the client again entered the barber shop and he said to the barber: “know what?barber do not exist”.

“How come they don’t exist?” asked the barber. “Well I am here and I am a barber”

“No!” the client exclaimed. “They don’t exist because if they did there would be no people with long hair and beard like that man who walks in the street.”

“Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come to me.”

“EXACTLY!!!” affirmed the client. “That’s Allah point. ALLAH does exist, what happens is people don’t go to Him and do not look for Him, that’s why there’s so much pain and suffering in the world.”

Thursday, June 19, 2008

Mutiara Ayat - terjemahan Al Quran_Al Baqarah

Assalamualaikum wr. Brkth

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim.

BismillahirahmaniRahim

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang orang mati; bahkan mereka itu orang orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang orang yang sabar.

Iaitu orang orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Surah AL BAQARAH 154 – 156

Allah Subhana wa Ta'ala berfirman.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [Ar Ruum – 41]

KEKELIRUAN STATUS HALAL BAHAN E471

Assalamualaikum,

..tentang status halal bahan E471 yang terdapat dalam kek Apollo,Silver Birds dan coklat Cadburry memang disahkan HALAL oleh JAKIM,melalui perbualan saya bersama salah seorang daripada PEGAWAI yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Permakanan JAKIM, bahan E471 memang dari sumber lemak haiwan yang ''tak dikenal pasti'',tapi yang nyata tiada bahan berasaskan Khinzir,..errm haiwan pun ''tak dikenal pasti'' macam mana nak tau haiwan tu disembelih atau tidak.Terpulanglah pada individu untuk menilai sendiri status halal yang telah yang telah dikeluarkan oleh JAKIM kepada syarikat pengeluar tersebut,nasihat saya belilah produk keluaran Saudara ISLAM kita.Itu kan jalan terbaik disamping membantu meningkatkan sosio ekonomi sebuah negara ISLAM yang terkenal di mata dunia.

Punca Kebaikkan dan Keburukan

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan, "Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan".Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut. Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini, dia berpesan untuk memberikannya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu. Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, "Kenapa tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk, dan kenapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan bahagian yang terbaik?".Luqman menjawab, "Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila kedua-duanya buruk maka sangatlah buruknya.Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya, hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan. Oleh itu, hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.............

About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | Blog Design | 2007 Company Name